Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Sabtu, 7 Ogos 2010

Saman ekor: PAS mula kumpul rekod

PAS akan mula mengumpulkan rekod dan maklumat diri penerima saman ekor - yang tidak dapat memperbaharui lesen memandu ekoran disenarai-hitam - sebagai persediaan awal bagi kemungkinan mengambil tindakan undang-undang kepada kerajaan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (tengah, berbaju hijau) berkata usaha itu akan dimulakan dalam pertemuan pertamanya dengan mangsa saman ekor dan pemilik kenderaan di Ampang Jaya pada Isnin depan.

"Kita minta mangsa membawa dokumen berkaitan, kita daftarkan. Jika kerajaan enggan membenarkan mereka memperbaharui cukai jalan, kita akan ambil tindakan undang-undang.

"Itu kita kena ada rekod," katanya yang juga pengerusi Kempen anti-Saman Ekor (KASE).

Semalam, Mahfuz berkata pihaknya bercadang mengadakan pertemuan dengan pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kementerian dalam negeri, termasuk mengadukan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung perkara itu.

Katanya, sekiranya semua usaha tersebut tidak berjaya, KASE boleh menggembleng 1.7 juta penerima saman ekor bagi mengambil tindakan undang-undang kepada agensi kerajaan berkaitan.

Mahfuz menjelaskan dalam kes Lim Yaw Chiang lawan pengarah JPJ pada 2009, mahkaman telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai-hitamkan kenderaan yang tidak membayar saman ekor adalah salah di sisi undang-undang.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mahfuz berkata beliau akan dibantu beberapa peguam - diketuai peguam KASE Zulhazmi Shariff - bagi memberikan penjelasan tentang prosedur sebenar saman ekor dan tindakan yang boleh diambil mangsa sekiranya tidak dapat memperbaharui cukai jalan.

'Polis tidak faham isu'

"Kalau JPJ enggan perbaharui cukai jalan, kita jalanlah. Insurans sudah bayar. Cuma beliau akan berdepan kemungkinan satu lagi sama kerana tiada cukai jalan," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

"Cukai jalan cuma RM250, (tetapi) kalau dia kena bayar saman RM3,000 macam mana (hendak bayar)?"

Mahfuz juga menjelaskan siri kedua pertemuannya akan diadakan di Paroi untuk kawasan Melaka dan Negeri Sembilan sehari selepas program di Kuala Lumpur.

"Kemudian kita akan bermesyuarat untuk tentukan tarikh (pertemuan) di tempat-tempat lain," tambahnya.

Sementara itu, mengulas cadangan polis agar kerajaan menetapkan kadar kompaun saman ekor yang mampu dibayar, Mahfuz berkata pasukan keselamatan itu "tidak faham isu".

"Isunya bukan tentang kadar tetapi hendak bayar cukai jalan tak boleh (sebab disenarai-hitam). Sedangkan mangsa saman ekor belum dibuktikan bersalah," katanya.

"Polis jangan hendak alih isu."

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dilaporkan membuat cadangan tentang jumlah kompaun itu berikutan pelbagai rungutan di kalangan orang ramai.

Bagaimanapun, katanya, setiap kadar saman bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch