Pertemuan Peneroka-Peneroka Felda dengan Peguam-Peguam di Felda Jengka 6
Didua lokasi yang berbeza dan waktu yang berbeza tetapi pada tarikh yang sama, wakil-wakil Peneroka Felda telah menemui Peguam-Peguam untuk mengadukan masalah KPG yang dimanipulasikan oleh Felda, dan melantik para peguam untuk mengambil tindakan saman terhadap Felda.
Sebelum perjumpaan ini diadakan seorang wakil dari Dr Syukri, ADUN Pulau Tawar, Jerantut meminta supaya pertemuan itu dibatalkan kerana kononnya Dr Syukri sendiri akan menganjurkan perjumpaan seumpama itu untuk menyaman Felda.
Begitulah kecut perutnya mereka itu sehingga sanggup cuba memperdayakan peneroka-peneroka kononnya Dr Syukri, seorang ADUN BN sanggup memulakan saman terhadap Felda bagi mengelakkan perjumpaan itu dari diadakan.
Begitulah kecut perutnya mereka itu sehingga sanggup cuba memperdayakan peneroka-peneroka kononnya Dr Syukri, seorang ADUN BN sanggup memulakan saman terhadap Felda bagi mengelakkan perjumpaan itu dari diadakan.
Setelah perjumpaan diadakan dua orang lagi Wakil Rakyat UMNO/BN, Tan Mohd Aminuddin Ishak, Ahli Exco Kerajaan Pahang yang juga ADUN Chenor dan Shahaniza Shamsuddin, ADUN Kuala Sentul memberikan pandangan yang hampir sama.
Menurut Shahaniza bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang aduan dari peneroka-peneroka. Persoalannya, kalaulah peneroka-peneroka mengadu kepada beliau, apakah tindakan yang mampu diambilnya?
Sebelum ini beliau hanya pandai mengeluarkan kenyataan-kenyataan menghina peneroka-peneroka Felda dengan mengatakan bahawa Peneroka-Peneroka patut bersyukur dan pernah menyatakan bahawa tujuan Felda mengujudkan Felda Plantation adalah untuk kepentingan peneroka-peneroka Felda, membawa maksud bahawa beliau langsung tidak mengetahui apakah Felda Plantation dan apakah tujuan Felda Plantation diwujudkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan