Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Isnin, 1 Februari 2010

Sambutan Hari Wilayah meriah tapi rakyat risau apakah KL selamat ?


Walaupun anggota-anggota Parlimen Pakatan Rakyat telah berjumpa dengan Datuk Bandar sebanyak tiga, namun mereka belum dapat berjumpa dengan Raja Nong Chik untuk satu kali pun

Selamat Hari Wilayah namun apakah Kuala Lumpur selamat?

Selena Tay

KUALA LUMPUR telah diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya pada 1 Februari 1974. Hari ini, kita meraikan sambutannya yang ke 36.

Sempena merayakan Hari Wilayah yang ke-36 pada 1hb Februari 2010, penulis sebagai wargakota Kuala Lumpur yang telah menetap disini sejak tahun 60an lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu para pembaca mengenai masalah yang dihadapi di Bandaraya Kuala Lumpur pada masa kini.

Penulis sempat menemuramah Dr. Lo' Lo' Ghazali, anggota Parlimen Titiwangsa yang memberitahu penulis mengenai masalah yang dialami di kawasan Parlimennya yang lokasinya juga sebahagian dari kawasan yang terletak di tengah Bandaraya Kuala Lumpur ini.

Pendatang haram

Bagi Dr. Lo' Lo' (gambar) masalah yang besar sekali ialah masalah pendatang haram. Untuk menangani masalah ini, Dr. Lo' Lo' telah banyak kali menulis surat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membawa perhatian pihak berkuasa kepada masalah ini yang kini telah bertambah teruk tetapi sehingga kini beliau tidak berpuashati dengan pihak berkuasa yang seolah-olah tidak mengambil apa-apa tindakan pun.

Kebanyakan pendatang haram ini telah membuka gerai perniagaan tanpa lesen di kaki lima Jalan Chow Kit. Di Pasar Chow Kit pun mereka membuka gerai perniagaan yang tidak berlesen di mana kebanyakan dari mereka menjual buah-buahan.

Perbuatan membuka gerai perniagaan di kaki lima adalah salah di sisi undang-undang tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menyita gerai-gerai yang tidak berlesen ini.

“Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik yang telah dilantik ke dalam Kabinet melalui cara pintu-belakang pun tidak mahu berjumpa dengan anggota-anggota Parlimen Pakatan Rakyat walaupun pada mulanya beliau telah janji untuk berbuat demikian,” kata Dr. Lo' Lo'.

“Kami telah banyak kali menulis surat kepadanya tetapi surat kami tidak menerima sebarang jawapan pun. Kata tidak dikota, biasalah,” sambungnya dengan sinis.

Jenayah sukar diatasi

Selain dari masalah pendatang haram, jenayah juga merupakan satu masalah yang amat susah untuk diatasi.

Bagi Fong Kui Lun (gambar kiri), anggota Parlimen Bukit Bintang, kawasan Parlimennya juga mempunyai masalah jenayah yang berleluasa. Kawasan Parlimen Bukit Bintang ini merupakan tumpuan para pelancong dan ahli perniagaan dan usahawan negara asing memandangkan lokasi Golden Triangle adalah ‘business district’ yang terkenal sekali di Kuala Lumpur.

Setiap hari sahaja ada kes ragut dan rompak seolah-olah bandaraya Kuala Lumpur ini merupakan bandaraya yang tidak selamat. Ini menjejaskan imej Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya yang selamat dimana para pelancong boleh berjalan-jalan makan angin dengan selamatnya pada waktu malam.

trafik jam

Kesesakan lalu-lintas atau traffic jam adalah masalah utama di Jalan Bukit Bintang kerana terdapat banyak hotel dan pusat membeli-belah di sini seperti The Pavilion, Lot 10, Berjaya Times Square, KL Plaza, Bukit Bintang Plaza dan Low Yat Plaza.

Di Jalan Petaling (gambar) pula atau lebih dikenali dengan namanya sebagai Petaling Street ataupun Chinatown, tanglung-tanglung Cina yang bulat dan berwarna merah yang menghiasi Chinatown ini telah pudar dan menjadi buruk rupanya.

Tanglung-tanglung ini patut diganti dengan yang baru dengan cepat memandangkan bahawa Tahun Baru Cina akan dirayakan pada 14hb Februari dan tempat ini adalah tumpuan popular ramai pelancong asing. Fong juga telah mengadakan satu sesi media untuk membawa perhatian pihak berkuasa mengenai perkara ini beberapa hari yang lalu.

Mengenai Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik pula, Fong berkata ‘no improvement yet’ dan Raja Nong Chik harus membuktikan bahawa beliau boleh menjadi seorang menteri yang berkesan. Walaupun anggota-anggota Parlimen Pakatan Rakyat telah berjumpa dengan Datuk Bandar sebanyak tiga, namun mereka belum dapat berjumpa dengan Raja Nong Chik untuk satu kali pun.

Bagi Dr. Tan Seng Giaw (gambar bawah), anggota Parlimen Kepong pula, masalah yang besar sekali ialah jenayah dan kesesakan lalu-lintas. Kepong mempunyai kadar jenayah yang tinggi. Jenayah yang biasa dilaporkan ialah kes ragut dan rompak. Penulis yang tinggal di kawasan Kepong pun pernah membuat laporan polis bulan Mei tahun lalu apabila beg tangannya telah diragut pada waktu perjalanan pulang ke rumah pada pukul lapan malam selepas turun dari bas.

Banyak kawasan perumahan sekarang adalah ‘gated and guarded communities’, iaitu kawasan yang dipagarkan dan mempunyai pengawal yang diupah oleh penduduk disana. Walaubagaimanapun, kebanyakan pengawal yang diupah ini tidak boleh berbuat apa-apa ketika berdepan dengan penyamun-penyamun yang mempunyai senjata.

Pengawal-pengawal ini pun tidak mempunyai latihan khas untuk membolehkan mereka menangani penjahat dan adalah mahal untuk menghantar mereka untuk dilatih. Kos keselamatan kepada nyawa rakyat patut ditanggung oleh kerajaan dan polis. Namun demikian kerajaan BN tidak mengambil apa-apa tindakan untuk membenteras jenayah dan hanya segelintir sahaja anggota polis yang bertanggungjawab yang sedang bekerja keras untuk menangkap perompak dan penyamun.

Selain daripada jenayah ragut dan rompak, terdapat juga jenayah maksiat. Ini berlaku di kelab-kelab malam dan bar yang menggunakan perempuan warga asing untuk menjalani aktiviti maksiat mereka. Mereka kini membanjiri pusat-pusat urut yang memenuhi bandar Kepong.

Masalah pendatang haram ini juga dikaitkan dengan dakwaan pihak Imigresen yang bekerjasama dengan sindiket-sindiket untuk membawa masuk pendatang haram ini. Masalah ‘slavery and human trafficking’ berleluasa di Kepong.

Mengenai masalah kesesakan lalu-lintas pula, walaupun sekarang ada highway diantara Segambut dengan Kepong, kesesakan lalu-lintas juga berlaku disebabkan oleh stesen keretapi Kepong Sentral dan pengurusan MRR2 Seksyen Kepong yang tidak cekap.

Nong Chik bekerja untuk PM bukan untuk rakyat

Mengulas mengenai Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Tan berkata anggota-anggota Parlimen Pakatan Rakyat tidak pernah mengadakan perjumpaan dengan beliau sebab beliau hanya bekerja untuk Perdana Menteri sahaja.

Beliau hanya menguruskan jadual Perdana Menteri untuk membuat perlancaran projek-projek Umno dan BN di kawasan Kuala Lumpur bukan untuk rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch