Pasukan-pasukan yang bertanding di Piala Dunia 2010 semakin mengurang. Dari 32 pasukan, sekarang tinggal 4 pasukan. Diantara negara yang lepas ke perempat final adalah negara Jerman. Jerman telah berhadapan dengan Argentina pada 3 Julai 2010 dan memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan bergaya 4-0.
Ada satu hal menarik dari pasukan Jerman ini, iaitu dari beberapa pemain kebangsaan Jerman tiga di antaranya adalah Muslim yang mengucap syahadah. Mereka adalah Sami Khedira, Mesut Oezil, dan Serdar Tasci.
Profil ketiga pemain muslim tersebut di bawah ini.
Sami Khedira adalah pemain keturunan Tunisia. Sebagai pemain tengah pasukan kebangsaan dan kelab Stuttgart, Khedira dikenali sebagai pemain yang bersopan santun.
Pemain berambut gondrong kelahiran 4 April 1987 ini beragama Islam sejak lahir kerana orang tuanya berbangsa Tunisia yang majoriti penduduknya muslim.
Sebagai pemain muslim di pasukan bola sepak, Khedira dapat menyesuaikan diri dengan teman-temannya. Dia tidak merasa canggung di tengah para pemain yang rata-rata non muslim.
Bahkan di pasukan kebangsaan, dia percaya diri bisa menggantikan peranan Michael Ballack sebagai penyerang utama. "Dia pemain yang berpotensi dan telah diberi tanggungjawab sepenuhnya oleh Stuttgart. Dia juga memperlihatkan diri sebagai pemain dewasa, "ujar pelatih Jerman Joachim low.
Sejak kecil, Khedira memang pencinta bolasepak. Tak hairan berkat kecintaan dan ketekunannya melatih diri, Khedira telah dapat memasuki pasukan kebangsaan Jerman bawah 15 sejak dia remaja. Kecintaanya pada dunia bola ini tak lepas juga dari kehidupan rohaninya yang selalu terjaga kerana didikan orang tuanya. Kalau Ramadan tiba, Khedira selalu berusaha untuk tetap menjalani ibadah berpuasa walaupun agak meletihkan selama pertandingan Budensliga di Jerman.
Mesut Oezil lebih kelihatan seperti orang Arab berbanding Jerman. Ya, memang Oezil adalah pemain Werder Bremen keturunan Turki.
Dari kecil, Oezil dididik orang tuanya sebagai muslim. Namun dalam hal berpuasa, khususnya di Bulan Ramadan, Oezil jarang sekali menuaikannya, tapi dia menggantikannya dengan Fidyah.
"Waktu remaja saya pernah cuba berpuasa semasa sedang bersukan dan berolahraga, tapi ternyata 'tak tahan". Saya sering lelah dan pening, "kata pemain kelahiran 15 Oktober 1988 ini.
Walaupun Ramadan jarang berpuasa, Oezil tak pernah lupa berdoa sesuai ajaran Islam jika akan memasuki padang. Di waktu santainya, dia pun selalu belajar al-Quran dan ilmu-ilmu Islam.
Kini di pasukan kebangsaan Jerman, Oezil merasa lebih percaya diri kerana Khedira pun sama-sama berposisi sebagai penyerang seperti dirinya.
Serdar Tasci sama seperti Mesut Oezil. Dia adalah pemain bola Jerman keturunan Turki. Pemain belakang dari kelab Stuttgart ini dikenali sebagai muslim ketika 7 juta lebih penonton di Stuttgart menyaksikan dia berdoa di pinggir lapangan seperti muslim pada umumnya.
Kerap juga nampak aksi beliau selalu sujud kalau kelabnya mendapat kemenangan. "Saya berdoa kerana ingin tetap sihat dalam bermain dan pasukanku boleh menghadapi cabaran dengan berjaya," kata Tasci.
Dalam soal puasa, Tasci mengaku beberapa kali ponteng karena padatnya perlawanan. Tapi dia tahu hukumnya kalau tertinggal puasanya boleh diganti pada hari lain yang dia tiada perlawanan.
"Saya boleh menggantikan puasaku pada hari-hari cuti dari perlawanan. Keluargaku sudah maklum akan hal ini. "Ujar Tasci.
Pemain kacak kelahiran 24 April 1987 ini memang bukan pemain striker pasukan kebangsaan Jerman, seperti Khedira dan Ozil. Tapi, sumbangannya sebagai menjaga benteng pertahanan pasukan, Tasci masih mempunyai peluang yang banyak untuk maju dan menduduki posisi penyerang di pertandingan seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan