Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Isnin, 7 September 2009

Perebutan Pemimpin Umno NS Untuk Jadi Calon PRK Bagan Pinang



Foto Dato Isa Samad(senyum lebar) yang mungkin bertanding menjadi calon PRK Bagan Pinang atau anak lelaki kesayangannya (kanan sekali)? Foto diambil semasa pengkebumian jenazah Allahyarham YB Azman Mohd Noor

TELUK KEMANG, 7 Sept: Desas desus siapakah calon Umno-BN di kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang semakin panas.Jika sebelum ini ramai menjangka akan berlaku pertempuran dalaman dalam menentukan calon puak mana yang bertanding, tapi kini bayangan calon semakin jelas.

Difaham terdapat tiga kem utama di dalam Umno Negeri Sembilan iaitu kem Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohd Hasan, kem bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan negeri(ADUN) Lenggeng.

Walaubagaimanapun Mohd Isa dan Ishak masing-masing boleh duduk semeja untuk berbincang dan dianggap rakan politik.
Ishak dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sementara itu Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pula boleh dikatakan seorang "lone ranger" di dalam Umno Negeri Sembilan.

Seorang lagi tokoh tempatan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim juga merupakan seorang "lone ranger" yang tidak mempunyai sebarang "team" khusus di dalam Umno Negeri Sembilan.

Senario ini cukup menggambarkan bagaimana Umno Negeri Sembilan sebenarnya kini berada dalam keadaan yang retak menanti belah. Kesepakatan merupakan satu agenda yang agak jahil bagi Umno Negeri Sembilan.

Maka pada mulanya ramai yang menjangka akan berlaku perebutan dalam menentukan calon. Iaitu sama ada dari kem Mohd Isa yang merupakan Ketua Bahagian Umno Teluk Kemang atau pun calon dari kem Mohd Hasan, Pengerusi Perhubungan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch