Foto Sultan Muhammad Al Fateh yang melaksanakan hukum syariah sepenuhnya semasa pemerintahan empayar beliau dan Foto pelaksanaan hukum hudud di Negara Aceh DarussalamSumber BrofatTadi, ana ada diminta memberi hujah bagi mempertahankan beberapa perkara penting. Salah satunya, mengenai Hudud. Sebenarnya, sebelum kita terburu-buru bercerita tentang hudud, marilah kita bersama bercerita tentang tentang kelebihan-kelebihan sistem Islam yang syumul ini terlebih dahulu.
Mengapa perlu diceritakan tentang hukuman dahulu berbanding kelebihan-kelebihan lain?
Tidak ada sekolah atau universiti di dunia ini yang menyebutkan hukuman-hukuman mereka kepada pelanggar displin sebagai cara promosi. Sudah pastinya mereka akan bercerita tentang kesempurnaan fasiliti, kehebatan pemimpin, kejayaan pelajar dan lain-lain.
Tidak ada universiti yang menulis di dalam iklan-iklan mereka “di sini kami menghukum pelajar yang lewat ke kelas!
Maka mari kita melihat sejarah. Kita dapat lihat bagaimana pernah wujud satu kerajaan yang mana tiada seorang pun rakyatnya yang miskin. Kita juga dapat lihat bagaimana satu kerajaan yang begitu berjaya dalam pelbagai jenis bidang ilmu. Mereka adalah kerajaan yang meletakkan agama Islam sebagai cara hidup mereka. Islam sebagai cara pemerintahan mereka. Itulah sistem yang paling hebat dan paling adil di dunia.
Kita lihat pula sistem yang diguna pakai oleh majoriti kerajaan di dunia hari ini. Kapitalis, demokrasi dan pelbagai nama yang dengar macam hebat, tapi tak lebih daripada monyet yang sedang bergayut dalam hutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan